Sunday, April 29, 2012

KELEBIHAN JUMAAT

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN …..
MARILAH KITA BERAZAM UNTUK MENAMBAHKAN KEKUATAN IMAN DAN TAKWA KEPADA TUHAN RABBUL JALIL  YANG MENCIPTAKAN KITA DARIPADA  TIADA KEPADA ADA DAN DARI ADA KEPADA TIADA DAN SETERUSNYA KEMBALI KEPADA YANG MAHA ESA.  MUDAH-MUDAHAN KEBANGKITAN KITA DIAKHIRAT KELAK BERSAMA PARA SIDDIQIN SHUHADA DAN PARA ANBIA. PERSOALANNYA BERSEDIAKAH KITA?
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT.
HARI INI ADALAH HARI MULIA BAGI UMAT ISLAM, PENGHULU BAGI SEKELIAN HARI….ALLAH telah menganugerahkan bermacam-macam keistimewaan dan keutamaan kepada umat ini. Diantara keistimewaan itu adalah hari Jum'at, setelah kaum Yahudi dan Nasrani dipalingkan darinya.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda:

"Allah telah memalingkan orang-orang sebelum kita untuk menjadikan hari Jum'at sebagai hari raya mereka, oleh karena itu hari raya orang Yahudi adalah hari Sabtu, dan hari raya orang Nasrani adalah hari Ahad, kemudian Allah memberikan bimbingan kepada kita untuk menjadikan hari Jum'at sebagai hari raya, sehingga Allah menjadikan hari raya secara berurutan, yaitu hari Jum'at, Sabtu dan Ahad. Dan di hari kiamat mereka pun akan mengikuti kita seperti urutan tersebut, walaupun di dunia kita adalah penghuni yang terakhir, namun di hari kiamat nanti kita adalah urutan terdepan yang akan diputuskan perkaranya sebelum seluruh makhluk". (HR. Muslim)

Thursday, November 12, 2009

Ajaran Sesat

Sidang Jumaat yang dirahmati,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah S.W.T dengan sebenar-benar takwa, semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dariNya agar umat Islam dapat terus membangun dan membina tamadun yang cemerlang, pada masa kini dan masa-masa yang akan datang agar beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Sidang Jumaat yang berbahagia,

Dalam usaha kerajaan untuk membangunkan kekuatan ummah dan menyebar luaskan ajaran Islam, masih terdapat golongan masyarakat yang cuba menimbulkan kekeliruan terhadap kebenaran syariat Islam dengan membawa dan memperkenalkan kepada masyarakat, ajaran-ajaran yang menyeleweng dari aqidah Islam. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya beberapa perubahan negatif terhadap kepercayaan, sikap dan amalan pengikut-pengikut ajaran terbabit. Walaupun beberapa usaha telah dilaksanakan, pengaruh ajaran sesat ini masih terus bertapak dan ianya telah menggugat aqidah segolongan kecil umat Islam di Negara ini.

Berdasarkan kajian oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa ajaran sesat yang terkumpul sehingga tahun 1997 ialah 60 ajaran, yang meliputi berbagai-bagai bentuk iaitu amalan “Al-Tasauf”. Penggabungan dengan aktiviti persilatan dan penggabungan dengan amalan perbomohan serta amalan khurafat yang lain. Jumlah ajaran sesat yang dapat di kesan sehingga 1999 ialah sebanyak 98 ajaran.

Menghormati Jiran

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Swt dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat hidayah dan mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah Swt telah mengutuskan Nabi Muhammad Saw sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam.


Orang yang beriman kepada Allah Swt dan hari kiamat ialah mereka yang memuliakan jiran tetangganya. Sesiapa yang tidak menjaga hak jiran dan tidak pula berbuat baik kepada jiran mereka, maka ia sebenarnya bukanlah orang yang benar-benar beriman. Rasulullah Saw bersabda :

Bermaksud ; " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya ".