Sidang Jumaat yang berbahagia,
Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Swt dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat hidayah dan mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah Swt telah mengutuskan Nabi Muhammad Saw sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam.
Orang yang beriman kepada Allah Swt dan hari kiamat ialah mereka yang memuliakan jiran tetangganya. Sesiapa yang tidak menjaga hak jiran dan tidak pula berbuat baik kepada jiran mereka, maka ia sebenarnya bukanlah orang yang benar-benar beriman. Rasulullah Saw bersabda :
Bermaksud ; " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya ".
Sekarang ini, walaupun telah di berikan panduan oleh Islam, namun masih ramai manusia tidak merasa tenteram dalam kehidupannya. Manusia sudah hilang perasaan hormat-menghormati dan hilang perasaan kasih sayang sesama insan, kezaliman dan penindasan berleluasa, hak manusia tidak dihormati. Manusia sudah hilang arah tujuan dari matlamat kehidupan yang sebenar.
Dalam kehidupan terdapat hak yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt melibatkan perkara yang wajib di lakukan iaitu berkaitan dengan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Manakala hubungan sesama manusia pula lebih luas dari itu yang melibatkan hubungan sesama makhluk seperti taat kepada kedua ibubapa, mengormati jiran tetangga dan sebagainya.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari berhubung dengan sesama manusia, dengan rakan sekerja, teman serumah, jiran tetangga, masyarakat sekampung dan sebagainya yang perlu di jaga dengan sebaik-baiknya, agar kehidupan menjadi lebih sempurna.
Islam memandang berat perihal menjaga hak jiran sehingga jiran itu boleh di anggap sebagai orang yang boleh mewarisi harta. Memuliakan jiran merupakan budi pekerti yang mulia dan terpuji. Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang. Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian berdasarkan hadis Nabi Saw yang bermaksud :
" Jiran itu ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir ".
Sidang Jumaat yang di muliakan,
Menghormati hak jiran tetangga bukan semata-mata mencegah diri dari menyakiti hati jiran, bahkan hendaklah ia juga bersabar atas sebarang kelakuan yang tidak sopan yang telah di lakukan. Perlu juga di sedari bahawa jiran yang baik ialah mereka yang mengambil berat tentang jirannya, ketika sakit, kenyang atau ketika laparnya, gembira atau sedihnya. Rasulullah Saw telah memberi peringatan dengan sabdanya :
(hadis di riwayatkan oleh Bukhari)
Maksudnya ; " Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan ".
Hadis ini bermaksud bahawa "kewajipan" kita memberi hak yang sewajarnya kepada jiran ketika sakit, kemalangan dan sebagainya. Turut merasa sedih dan berduka ketika jiran di timpa musibah dan segera membantunya sekadar yang termampu. Kita juga perlu turut rasa gembira, apabila jiran kita mendapat khabar gembira. Demikianlah manis dan indahnya ajaran Islam yang mengajar umatnya sentiasa beradab dan berakhlak khasnya sesama jiran tetangga.
Sidang Jumaat yang di hormati,
Amalan menyakiti hati jiran adalah tercela, biarpun seseorang itu dari golongan mereka yang kuat beribadat dan melakukan amal kebajikan. Rasulullah Saw telah di beritahu tentang adanya perempuan yang berpuasa di siang hari dan bersembahyang di tengah malam, tetapi ia sering menyakiti hati jirannya. Maka Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud :
" Bahawa sesungguhnya dia akan masuk neraka ".
Masyarakat kita sekarang khususnya di bandar-bandar atau taman-taman perumahan banyak menghadapi krisis kejiranan kerana terlalu bersikap 'individualistik' , jenayah dan gejala sosial berlaku bebas, tanpa sebarang rasa tanggungjawab. Perkara ini berlaku kerana adanya sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini adalah lahir dari sikap tidak mahu mengambil tahu dan tidak mahu campur tangan urusan orang lain.
Sikap ini kadang-kadang dari satu sudut baik perkara yang berbentuk peribadi, tetapi dari sudut yang lain, yang bersifat umum, ia akan memberi kesan yang tidak baik secara berpanjangan. Barangkali ketika kita tidak di timpa musibah atau kesusahan, kita rasa jiran tidak penting dan tidak perlu, tetapi bagaimana pula jika kita di timpa musibah atau malapetaka?. Bagaimana jika ada kematian di rumah kita, jika berlaku kebakaran, berlaku kecurian dan seumpamanya?, maka barulah kita akan terasa betapa pentingnya jiran itu dalam kehidupan kita. Oleh itu Islam memandang berat soal penjagaan hak dan keharmonian sesama jiran.
Sidang Jumaat yang di muliakan,
Sifat yang lebih membimbangkan berkaitan dengan hidup berjiran ialah apabila berlaku pergaduhan dan perselisihan faham sesama jiran hingga menyebabkan berlaku permusuhan dan tidak bertegur sapa sesama sendiri, lebih memalukan lagi apabila di lakukan oleh orang Islam, yang mana bukan sahaja boleh menjatuhkan imej seseorang Islam itu, bahkan ia boleh menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri.
Dalam menanggani masalah kejiranan seumpama ini, kita perlu berusaha mengatur strategi yang baik, demi memelihara keharmonian hidup berjiran, iaitu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Program untuk meningkatkan semangat kejiranan perlulah di adakan sekerap mungkin, agar hubungan sesama jiran terus harmoni. Banyakkanlah aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, jamuan kekeluargaan, program lawatan, minggu sukan dan pertandingan antara kampung, taman atau blok dan seumpamanya. Badan amal seperti rukun tetangga, tabung khairat kematian, tabung derma kilat dan sebagainya perlu di wujudkan bagi memulihkan kembali semangat kejiranan tersebut.
Aktiviti seperti ini memberi ruang meningkatkan semangat setia kawan dan persaudaraan. Aktiviti jenayah dapat di kurangkan, masalah keruntuhan moral remaja dapat di bendung dan berbagai manfaat lagi bakal di perolehi hasil dari aktiviti yang di jalankan, dengan itu kehidupan kita akan lebih tenang dan selesa, di samping mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah Swt.
(An-Nisaa':36)
Bermaksud ; " Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat mahupun yang jauh, rakan sejawat, orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membanggakan diri ".

No comments:
Post a Comment