Sidang jumaat yang dihormati Allah,
"Sesungguhnya kepunyaan Allah s.w.t agama yang suci, tetapi orang yang menganggap selain daripadanya beberapa tuhan (berkata): "Kami tidak sembah mereka melainkan supaya mereka hampirkan kami satu kehampiran kepada Allah s.w.t", sesungguhnya Allah akan menghukum diantara mereka dalam apa yang mereka perselisihkan padanya, sesungguhnya Allah tidak memimpin seorang yang pendusta, yang sangat kufur".
(AZ-Zumar:2-3)
Sidang jumaat sekalian,
Minbar hari ini ingin menghuraikan secara ringkas tentang ikhlas yang membawa maksud rela, jujur, tulus, atau suci hati. Dengan maksud yang demikian setiap individu muslim tidak akan mempunyai sedikit pun muslihat duniawi ketika melakukan sesuatu amalan, perbuatan atau tindakan samada ianya berbentuk ibadah khusus atau perbuatan umum yang lain, mereka hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t semata-mata.
Amalan seseorang muslim yang ikhlas mesti melibatkan unsur rohani dan jasmani atau batin dan zahir. Daripada segi batin, setiap amalan atau perbuatan-perbuatan dilakukan hendaklah menepati Manhaj Syara' dan sunnah Rasulullah s.a.w. Berdasarkan kenyataan tadi, sebarang amalan atau perbuatan yang dilakukan walaupun kelihatannya jernih, baik atau ikhlas tetapi jika tidak menepati sunnah, maka ianya tidak akan diterima. Begitulah sebaliknya jika menepati sunnah tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima, apatah lagi jika amalan itu dilakukan dengan tidak menepati hukum syara', maka ianya juga tidak akan diterima.
Sebab itu perbuatan seseorang yang mencuri walaupun dilakukan dengan ikhlas kerana untuk membantu orang miskin melalui hasil mencuri tadi, ianya tetap dikira melakukan perbuatan yang salah dan berdosa kerana perbuatan mencuri bertentangan dengan hukum syara'. Alangkah malangnya mereka yang menderma melalui majlis konsert amal, malam amal mesra, amal kebajikan, amal anak-anak yatim, amal ukhuwah, amal Ramadhan, amal Aidulfitri atau bermacam amal lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam, maka tetap tidak diterima, malahan ianya tetap dikira sebagai perbuatan mungkar. Kenyataan ini adalah merujuk kepada kaedah Feqah yang berhasil dari sebuah hadis iaitu:
"Apabila berhimpun halal dengan haram dikira haram".
Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila kalimah suci agama ini, seperti perkataan amal tadi telah disalah gunakan, terseleweng, maknanya apabila digunakan untuk perkara-perkara keduniaan yang mengandungi kemungkaran.
Termasuk juga perbuatan seseorang yang membina masjid, surau, sekolah, tetapi mempunyai maksud yang tidak baik, ia tetap tidak akan diterima dan berdosa. Dalam hubungan ini terdapat kisah masjid Dhirar yang tolak oleh Allah s.w.t, kerana ia dibina bertujuan untuk membahayakan keselamatan umat Islam ketika itu yang diceritakan oleh Al-Quran dalam surah At-Taubah ayat 107-108.
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.(at-Taubah:107)
contoh seterusnya ialah seorang yang berjihad jika dilakukan dengan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, berlagak berani dan didorong oleh semangat memperjuangkan 'Asobiah semata-mata, tetap tidak akan diterima oleh Allah s.w.t, sekalipun mereka telah berjuang, membunuh atau dibunuh. Cubalah renungkan maksud hadis dari Abu Musa Al-Asy'ar mengenai seorang Arab Badawi yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
"Ya Rasululllah, manakah antara tiga orang ini yang berjuang "Fi Sabilillah": orang yang berjuang kerana ingin mendapat harta rampasan perang, orang yang berjuang untuk kemasyhuran atau orang yang berjuang untuk menunjukkan keberanian." Baginda Rasulullah s.a.w menjawab:
[Barang siapa yang berjuang untuk mendaulatkan kalimah Allah s.w.t itulah orang yang berjuang "Fi Sabilillah"].(Riwayat Bukhari dan muslim)
Ikhlas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Bukan semua orang boleh mencapainya dengan senang. Sesiapa yang menganggap ikhlas mudah dicapai adalah suatu pandangan yang silap. Sesungguhnya amat payah bagi seseorang untuk membebaskan diri dari runtunan nafsu yang meluap-luap samada zahir mahupun batin yang memang tersembunyi di dalamnya. Keinginan dan tujuan yang bersifat kebendaan dan keduniaan.Memang menjadi seorang manusia suka kepada habuan dan pujian. Oleh itu setiap individu muslim mestilah mendisiplinkan diri dan berusaha keras untuk melawan pelbagai tipu helah syaitan yang sentiasa melakukan rancangan jahatnya untuk memesongkan niat seseorang.
Maka untuk mencapai keikhlasan yang tulen, setiap amalan hendaklah dilakukan dengan niat yang suci dan mujahidah yang berterusan, kerana akan menempuhi pelbagai godaan nafsu dan syaitan. Jika ada niat yang bercampur-aduk adalah dikhuatiri amalan tadi tidak diterima oleh Allah s.w.t . Setiap niat yang bercampur akan bertarung sesama sendiri bergantung kepada mana yang lebih kuat. Rugilah seseorang yang melakukan amalan tidak ikhlas.
Apalah ertinya amalan yang telah dilakukan dengan susah-payah sedangkan ianya tidak dipandang dan tidak diterima oleh Allah s.w.t.
Justeru setiap umat Islam mesti peka dengan peranan niat, sunnah dan syara' ketika melakukan sesuatu amalan. Perkara ini amat penting supaya setiap amal yang kita lakukan diterima dan tidak menjadi sebaliknya iaitu sia-sia dan malahan berdosa.
Para jumaat yang dirahmati sekalian,
Khatib ingin menjelaskan pada hari ini akan beberapa tanda sesuatu amal atau perbuatan itu adalah ikhlas dan diterima oleh Allah s.w.t. Diantara tanda-tanda tersebut ialah:
Pertama, takut terkenal dan popular
Seseorang yang benar-benar ikhlas takut untuk menjadi terkenal atau popular kerana bimbang kesan dan pegaruhnya terhadap diri dan agama. Sebab itu seseorang yang ikhlas sentiasa ingat dan yakin bahawa Allah s.w.t tidak melihat rupa wajah, tetapi melihat hakikat yang terdapat di dalam hati seseorang. Sebab itu kalaupun namanya masyhur keseluruh negara, tetapi jika niatnya tidak suci ketika melakukan sesuatu amal perbuatan ia tetap akan mendapat celaan dan kemurkaan Allah s.w.t . Cubalah renungkan kata-kata tokoh zuhud yang terkenal, Ibrahim Bin Adham.
"Orang yang mengejar kemasyhuran memang tidak jujur dengan Allah s.w.t".
Kemasyhuran itu sendiri memang tidak tercela, tetapi yang tercela ialah perbuatan orang yang mengajar kemasyhuran, gila kemegahan dan rakus untuk mendapatkan kemuliaan. Lebih menyedihkan lagi apabila ada di antara individu yang sanggup melakukan apa sahaja tindakan walaupun bertentangan dengan syara' kerana ingin terkenal.
Kedua, sering menyalahkan diri sendiri.
Orang yang ikhlas setiap masa akan menyalahkan dirinya apabila ia lalai dan cuai dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Hatinya tidak dikuasai oleh rasa riya' dan ujub terhadap sebarang kebaikan yang pernah dilakukannya. Sebaliknya ia sentiasa merasa bimbang jika amalannya tidak diterima dan dosanya tidak diampunkan oleh Allah s.w.t. Cuba renungkan kisah seorang soleh yang menangis ketika sakit tenat, orang yang menziarahinya bertanya:
"Bukankah anda telah berjuang, berpuasa, bersolat malam, bersedekah menunaikan haji dan umrah, mengajar dan memberi tazkirah" beliau menjawab :
"Bagaimana saya hendak tahu samada kesemua amal saya itu diterima atau ditolak oleh Allah s.w.t".
Ketiga, beramal secara senyap-senyap..
Orang yang ikhlas suka melakukan amal bakti kepada masyarakat dengan cara yang senyap, tidak suka disebut-sebut. Apatah lagi untuk menghebohkan dimedia massa. Mereka tidak mahu dikenali dan diketahui. Amal mereka umpama asas binaan kepada sesebuah bangunan. Ia kukuh dibawah bumi yang sekaligus mengukuhkan bangunan. Orang mungkin boleh melihat kecantikan dinding atau anjung atau tingkap bangunan tadi, tetapi tidak dapat melihat asasnya yang mendasari kebumi.
Keempat, tidak mengejar pujian.
Menyedari akan hakikat sebenar tentang dirinya, orang yang ikhlas tidak akan dahagakan pujian manusia . Sebaliknya jika diberikan pujian atau gelaran, mereka tidak pula mudah terpesona, tertipu atau menjadi angkuh, sombong dan membesar diri. Ibnu Atha Allah dalam kitab hakamnya telah menyatakan:
" Orang lain memuji anda kerana apa yang disangkanya ada pada diri anda. Oleh itu jadilah anda pula penguji pada diri anda sendiri, kerana apa yang anda tahu hakikat sebenarnya pada diri anda. Orang yang paling jahil ialah orang yang menyakini sangkaan orang lain tetapi meninggalkan keyakinan sendiri terhadap dirinya."
Kelima: Bekerja tanpa mengira kedudukan
Seorang yang ikhlas sentiasa Istikomah segala amalnya asalkan mendapat keredaan Allah s.w.t. Mereka melakukannya tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin mahu pun pengikut. Hatinya tidak ditawan oleh perangai suka menonjolkan diri, contoh dalam situasi ini ialah apabila Khalid bin Alwalid seorang panglima besar tentera islam yang sentiasa memperoleh kemenangan dalam setiap peperangan dipecat dari jawatannya. Beliau langsung tidak berkecil hati, tidak memprotes, tidak mewujudkan kumpulan sendiri atau mempertikai tindakan tersebut. Sebaliknya beliau menerima keputusan tersebut dengan perasaan tenang dan malah dengan serta merta menyatakan ketaatannya kepada panglima yang baru dilantik iaitu Abu Ubaidiah bin Aljarraha.
Begitulah sedikit daripada huraian ,cara mendapatkannya dan tanda-tanda amal yang ikhlas. Semoga kita semua dapat menjadikan khutbah hari ini sebagai panduan untuk menilai setiap amal yang telah, sedang dan akan terus dilakukan sentiasa mendapat keredaan Allah s.w.t Insya Allah .
"Katakanlah wahai Muhammad, mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi, serugi-ruginya amal perbuatannya?, iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".(Surah Al-Kahfi : 103-104)

No comments:
Post a Comment