Monday, November 9, 2009

Renungan Untuk Remaja Islam

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T,

Khutbah Jumaat kali ini, saya ingin mengajak para jama'ah sekalian kepada satu muhasabah dan renungan terhadap anak remaja kita masa kini.

Disaat ini dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja palestin gigih bertempur menghadapi Israil yang biadap.

Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan remaja terkorban kerana mempertahankan negara yang tercinta seperti seorang pemuda yang bernama Wael Imad, apabila bertempur dengan tentera Israil. Dia hanya berumur 14 tahun. Tambah mengharukan dan mengagumkan apabila dia syahid dalam keadaan bersama-sama anak batu petugas-petugas Hospital Shifa' menyebut ramai remaja lelaki yang terkorban syahid dengan batu tergenggam ditangannya. Dinegara Eropah dan dunia Barat, remaja berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu seperti penerokaan angkasa lepas, kejuruteraan, pertahanan dan lain-lain bidang ilmu lagi yang bersifat global atau tanpa sepadan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T.
Disaat itu juga ramai yang tertanya-tanya dimanakan para remaja kita berada? Adakah mereka sedang berjuang dipentas-pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang bertungkus lumus meneroka berbagai bidang ilmu yang bersifat global atau sebaliknya sedang leka dipentas-pentas maksiat? Diatas dataran, tasik, tepi pantai, kelab-kelab malam? Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu trend baru keruntuhan moral iaitu Pesta Buih di Bangsar yang melibatkan sebahagian besar penyertaannya. Para Remaja kita menari dan menyanyi salam keadaan separuh bogel.


Ini tidak ubah hanya meniru dan menciplak budaya barat yang begitu miskin dan tandus dengan adab sopan, sedangkan ulama' menyatakan bahawa 2/3 Islam itu adalah adab.

Disinilah lahirnya budaya 'Hippies' dan budaya keseronokan yang mana hidup bebas adalah teras perjuangan, kita juga dihujani dengan pelbagai berita sedih tentang remaja kita yang lepak, bohsia, ekstesi, bersekedudukan tanpa nikah dan pelbagai lagi seribu satu masalah. Adakah remaja kita seperti ini yang diharapkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara?

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Perlu diambil perhatian bahawa adalah tidak wajar meletakkan kesalahan 100% keatas para remaja.

Junjungan mulia S.A.W pernah bersabda :



Bermaksud : "Usia muda itu adalah cabang daripada gila"


Memang diusia remaja, sikap suka mencuba, sesuatu yang baru dan mencabar minda. Ini juga turut diperakui oleh seseorang ahli sufi, dimana beliau bimbang akan anak-anak yang sedang meningkat umur muda iaitu kecenderungan kepada nafsu dan syahwat keduniaan dan sangat gemar akan gejala-gejala yang menarik kepada mencintai dunia dan tidak gemar untuk membuat ketaatan.

Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, masyarakat dan pihak berkuasa sewajarnya membantu remaja untuk menghadapi cabaran alam remaja. Antaranya menutup pintu-pintu maksiat secepat mungkin dan menyediakan persekitaran yang sihat dan soleh, membanyakkan iklan dan papan tanda yang menganjurkan berakhlak serta mudah dipandang, dibaca dan diingat. Filem-filem yang berunsur lucah dan pelbagai aksi yang merangsang nafsu remaja tidak sewenang-wenang di tayang kerana ini semua menyumbang kearah keruntuhan jiwa dan nurani para remaja seperti berzina, melahirkan anak luar nikah dahulu daripada anak-anak yang sah.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Disamping itu juga, keruntuhan institusi keluarga juga merupakan factor penyumbang keruntuhan jiwa remaja. Ada pasangan yang berkahwin sekadar untuk memuaskan nafsu sahaja dan bukan untuk niat dan cita-cita membentuk keluarga harmoni. Apabila tiada elemen-elemen kebahagiaan dirumah, maka remaja mengambil jalan pintas lari dari rumah dan melibatkan diri dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang kononnya mencari ketenangan jiwa. Tetapi sayangnya lain yang dicari, lainyang dapat. Seumpamanya keluar dari mulut naga masuk ke mulur buaya.

Masalah remaja adalah besar dan perlu diberikan perhatian kerana ia untuk kepentingan negara dan umat. Remaja hari ini juga adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin dimasa hadapan. Dimasa mudalah lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini dijelaskan apabila diketahui bahawa semasa Nabi Muhammad S.A.W. mensyariatkan Islam, orang-orang mudalah yang mula-mula beriman dan menyokongnya. Ini diperkuatkan oleh firman Allah S.W.T :



Bermaksud : "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk"


Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Disaat ini dunia Islam merindui remaja-remaja yang gagah perkasa yang disaluti dengan iman dan jati diri yang kental. Dunia Islam merindui remaja seperti Abdullah Bin Ma'sud, Musab bin Amir, Ammar Bin Yasir dan Usamah Bin Zaid yang merupakan remaja yang dihantar oleh khalifah Abu Bakar bagi menentang 'Byzantin' yang ketika itu berumur 18 tahun. Usamah Bin Zaid pernah berdoa :

Bermaksud : " Demi Allah, sekiranya bukan kerana lautan luas yang menjadi penghalang, nescaya aku akan takluk seluruh dunia ini dalam meninggikan Kalimahmu, wahai tuhan, saksikanlah."


Oleh itu, para remaja kita hari ini diseru dan ingatkan agar bersedia untuk menghadapi perjalanan hidup mukmin yang hakiki, semi agama, bangsa dan umat seluruhnya.

Firman Allah S.W.T dalam surah A-Qasis ayat : 50


Bermaksud : " Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah".


No comments:

Post a Comment