Tuesday, November 10, 2009

Pendidikan Anak-Anak

KAUM MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
MARILAH KITA BERTAKWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATAALA DENGAN SEBENAR-BENAR TAKWA, DENGAN MENGERJAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA MUDAH-MUDAHAN DENGAN JALAN INI KITA AKAN SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT


AGAMA ISLAM AMAT MENITIKBERATKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA IBU BAPA DAN ANAK-ANAK. IBU BAPA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BANYAK YANG DIAMANAHKAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WATAALA. DI ANTARA TANGGUNGJAWAB IBU BAPA ITU IALAH MENDIDIK ANAK-ANAK KERANA MEREKALAH YANG AKAN MENCORAKKAN KEPERIBADIAN ANAK-ANAK MEREKA. JIKA ELOK DAN SEMPURNA DIDIKAN YANG DIBERIKAN, MAKA ELOKLAH JUGA ANAK-ANAK ITU NANTI DAN BEGITULAH JUGA SEBALIKNYA. SEBAGAIMANA HADITH RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM :-




MAKSUDNYA :
DARI ABI HURAIRAH RADIALLAHU-ANHU BERKATA : SABDA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM : SETIAP ANAK YANG DILAHIRKAN DALAM KEADAAN FITRAH SUCI, MAKA IBU BAPANYA YANG MENJADIKANNYA YAHUDI ATAU NASRANI ATAU MAJUSI.
FAKTOR PERTAMA:
FAKTOR PERTAMA YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PENGHASILAN NATIJAH ISLAM DALAM DIRI ANAK-ANAK YANG KITA DIDIK IALAH QUDWAH HASANAH (SURI TELADAN). KEPENTINGAN QUDWAH HASANAH TELAH DIJELASKAN DI DALAM AL-QURAN YANG BERMAKSUD:


“SESUNGGUHNYA PADA DIRI RASULULLAH ITU ADA CONTOH TELADAN YANG BAIK BAGIMU (IAITU) BAGI ORANG YANG MENGHARAPKAN (RAHMAT) ALLAH DAN (KEDATANGAN) HARI QIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH”.
PERANAN PENDIDIK YANG BOLEH DITELADANI ADALAH SANGAT KRITIKAL KERANA IA BUKAN HANYA BERFUNGSI UNTUK MENGATUR SUASANA BELAJAR ATAU MEYAMPAIKAN ISI KANDUNGAN SESUATU YANG PERKARA INGIN DIAJARNYA, TETAPI IA JUGA BERPERANAN MEMBENTUK KEFAHAMAN, KEYAKINAN, PENGHAYATAN, PEKERTI SERTA PERIBADI ANAK-ANAK YANG DIDIDIK.
MALAH PERKATAAN ‘TARBIYAH’ ITU SENDIRI ANTARA LAIN BERMAKSUD: “...PENDEKATAN YANG TERBAIK SEKALI DALAM BERTAFA’UL (BERINTERAKSI) DENGAN FITRAH INSAN DAN MELAKSANAKAN PROSES PENDIDIKAN MELALUI TUNJUK AJAR LISAN DAN TELADAN.”
PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN MENJADI TIDAK BERKESAN APABILA TINDAKAN ATAU PERILAKU MU’ALLIM ATAU MURABBI (PENDIDIK) BERTENTANGAN DENGAN ISI KANDUNGAN PENGAJARANNYA SENDIRI. SEBENARNYA PENGAJARAN MELALUI TINDAKAN ADALAH LEBIH BERKESAN DARIPADA PENGAJARAN SECARA LISAN. PERIBAHASA MELAYU SENDIRI ADA MENYEBUTKAN, “JIKA GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI”. BEGITULAH PENTINGNYA KEDUDUKAN PENDIDIK DALAM PEMBENTUKAN DIRI ANAK-ANAK.
DALAM KONTEKS KELUARGA PULA IBU BAPA ADALAH MURABBI KEPADA ANAK-ANAK MEREKA SETIAP KALI BERLAKU INTERAKSI ANTARA KEDUA-DUA PIHAK. DALAM PENDIDIKAN DI RUMAH KEDUDUKAN IBU BAPA SEBAGAI QUDWAH (CONTOH) MENJADI LEBIH PENTING KERANA ANAK-ANAK LEBIH TERDEDAH KEPADA PERIBADI DAN TINGKAH LAKU IBUBAPANYA.
KITA SEMUA MENYEDARI BAHAWA SUNGGUH BANYAK PENGAJARAN DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI ANAK-ANAK MELALUI INTERAKSI DENGAN IBU BAPA MEREKA SEJAK HARI PERTAMA KELAHIRAN LAGI. PENGAJARAN DAN PENGALAMAN INI MUNGKIN MEMBINA KEPERIBADIAN MEREKA. KANAK-KANAK KECIL BELAJAR MELALUI PENGAMATAN DAN MENIRU PERLAKUAN DAN TINDAK TANDUK IBU BAPANYA. MELALUI PENGAMATAN, AKAN TERBENTUK SESUATU DI DALAM MENTAL ANAK-ANAK DAN AKAN MENJADI SATU PELAJARAN KEPADA MEREKA. OLEH ITU SESUATU TINGKAH LAKU IBU BAPA YANG DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN ATAUPUN SEKURANGNYA BERKALI-KALI, AKAN MEMBENTUK PROSES PENGUKUHAN DALAM DIRI ANAK-ANAK. AKHIRNYA TINDAKAN TERSEBUT AKAN MENJADI SEBATI DENGAN PERIBADI ANAK-ANAK.
MISALNYA, APABILA ANAK-ANAK (MUNGKIN BERUMUR DUA TAHUN) MENDAPATI SETIAP KALI AZAN DILAUNGKAN DI SURAU YANG BERDEKATAN, BAPANYA BERGEGAS MENUJU KE SURAU ATAU AHLI KELUARGANYA BERSIAP-SIAP UNTUK MENDIRIKAN SOLAT BERSAMA-SAMA, LAMA-KELAMAAN ANAK KECIL ITU AKAN MEMAHAMI KEPERLUAN UNTUK MEMBERIKAN TINDAK BALAS YANG SEWAJARNYA KEPADA LAUNGAN AZAN. PERKARA ITU BERLAKU WALAUPUN ANAK TERSEBUT TIDAK MEMAHAMI APA ITU AZAN DAN APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT SEBAGAI RESPONS SETIAP KALI AZAN DILAUNGKAN. INILAH YANG DIKATAKAN PENDIDIKAN ATAU PENGARAHAN SECARA TELADAN.
PAKAR PENDIDIKAN DI BARAT MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL (SEJAK UMUR BEBERAPA BULAN LAGI) MENERIMA RANGSANGAN MELALUI INDERA MEREKA. RANGSANGAN ITU MENINGGALKAN KESAN KE ATAS PEMBANGUNAN DIRI MEREKA SEPERTI PEMBINAAN MINDA, PERBENDAHARAAN KATA, GERAK GERI DAN TINGKAH LAKU. OLEH ITU IBU BAPA BUKAN SAHAJA PERLU MENGHIASI RUMAH DENGAN BAHAN-BAHAN YANG BOLEH MERANGSANG PERIBADI ANAK-ANAK (TERMASUK PEMILIHAN BARANG-BARANG PERMAINAN YANG SESUAI), TETAPI JUGA MENGHIASI TINDAKAN DAN PERILAKU MEREKA SENDIRI. KEADAAN ITU SEBENARNYA TIDAK TERHAD SEWAKTU BERINTERAKSI DENGAN ANAK TETAPI JUGA SEWAKTU INTERAKSI ANTARA IBU DAN BAPA SENDIRI, TERUTAMANYA SEWAKTU DI DEPAN ANAK-ANAK. SEBAGAI CONTOH, SEBAHAGIAN IBU BAPA SERING MEMBIMBING ANAK-ANAK DENGAN TERIAKAN NEGATIF SEPERTI “JANGAN USIK INI”, “JANGAN BUAT ITU” ATAU “JANGAN PEGANG”. TINDAKAN ITU MUNGKIN MENYEBABKAN ANAK-ANAK MENAFSIRKAN BAHAWA MEMBUAT UJIKAJI ATAU MELAKUKAN SUATU YANG KREATIF ADALAH SATU KESALAHAN.
FAKTOR KEDUA:
FAKTOR KETIGA IALAH KEFAHAMAN SERTA KEMAHIRAN IBU BAPA MENDIDIK DENGAN MENGAMBIL KIRA TAHAP PERKEMBANGAN UMUR DAN KEMAMPUAN ANAK-ANAK. KEFAHAMAN YANG TERPENTING SEKALI IALAH KEFAHAMAN TERHADAP PENDIDIKAN YANG DITUNTUT OLEH ISLAM. KEFAHAMAN YANG TEPAT DAN MENDALAM MEMBOLEHKAN ANAK-ANAK DIBIMBING PERINGKAT DEMI PERINGKAT SEHINGGA TASAWWUR (PRINSIP) ISLAM TERBINA DI DALAM DIRI MEREKA. KEFAHAMAN DALAM ASPEK PERKEMBANGAN ANAK-ANAK ADALAH PERLU BUKAN SAHAJA SEWAKTU MEREKA SUDAH MENJANGKAU USIA DUA ATAU TIGA TAHUN, SEBALIKNYA SEJAK PERINGKAT KELAHIRANNYA SEHINGGA IA MULA MENUNJUKKAN TINDAK BALAS TERHADAP PERSEKITARANNYA DAN SETERUSNYA SEWAKTU DIA SUDAH BERUMUR HINGGALAH KE PERINGKAT YANG LEBIH MATANG.
JUSTERU DI PERINGKAT INI, KETIKA OTAK SEDANG BERKEMBANG DENGAN PESATNYA, APA SAHAJA YANG DIDENGAR, DILIHAT, DISENTUH DAN DIRASA AKAN DISERAP SEBAGAI BENTUK PEMBELAJARAN YANG KEKAL.
SALAH SEORANG PAKAR YANG BANYAK MEMBUAT KAJIAN DAN PERCUBAAN TERHADAP KECERDASAN OTAK KANAK-KANAK, TERMASUK KANAK-KANAK CACAT OTAK IALAH DR. GLENN DOMAN. ANTARA RUMUSAN PENTING DARIPADA KAJIANNYA DAN PAKAR-PAKAR YANG LAIN IALAH:
TIADA AHLI SAINS YANG DAPAT MENGALAHKAN KANAK-KANAK, DARI SEGI SEMANGAT BELAJAR, MENGKAJI, MENCUBA DAN MENYELIDIK.
KANAK-KANAK AKAN LEBIH GEMBIRA JIKA LEBIH BANYAK DAN LEBIH CEPAT MENERIMA PELAJARAN. POTENSI KANAK-KANAK MEMBACA SAMA SAHAJA DENGAN POTENSI BERCAKAP.
KANAK-KANAK BOLEH BERCAKAP DAHULU KERANA KANAK-KANAK LEBIH BANYAK MENERIMA RANGSANGAN PENDENGARAN PERCAKAPAN.
SEKIRANYA RANGSANGAN MATA DAN TELINGA SAMA BANYAK DITERIMA, PASTI KANAK-KANAK AKAN DAPAT MEMBACA JUGA PADA MASA KANAK-KANAK ITU DAPAT BERCAKAP. WALAU BAGAIMANAPUN KAEDAH DAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG SESUAI DIPERLUKAN.
DAYA INTELEK AKAN MENINGKAT DENGAN PESAT BILA DIRANGSANGKAN DALAM PERINGKAT INI DAN TIDAK BERKESAN LAGI BILA DIRANGSANGKAN SELEPAS PERINGKAT INI.
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH
PENDIDIKAN ANAK-ANAK MERUPAKAN SATU TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS SERTA MENUNTUT KESUNGGUHAN DAN PENGORBANAN YANG TINGGI DARIPADA IBU BAPA. MASA DEPAN GENERASI AKAN DATANG BANYAK BERGANTUNG KEPADA CARA MEREKA DIBIMBING DAN DIBENTUK. OLEH ITU, IBU BAPA PERLU MERASAKAN TANGGUNGJAWAB INI DAN PERLU PULA MELENGKAPKAN DIRI MEREKA DENGAN ILMU DAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN SECARA ISLAM.
SEPERKARA YANG TIDAK KURANG PENTINGNYA IALAH RAMAI IBU BAPA YANG MERASAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA TELAH TERLAKSANA DENGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK MEREKA KE TAMAN-TAMAN ASUHAN ATAU TADIKA ISLAM SEHINGGA MEREKA HAMPIR-HAMPIR TIDAK LAGI BERPERANAN DALAM PROSES PEMBENTUKAN ANAK-ANAK. LANGKAH MENSWASTAKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK INI MUNGKIN DIAMBIL DI ATAS KEPERLUAN TERTENTU TETAPI KITA PERLU SEDAR BAHAWA PEMBENTUKAN ANAK-ANAK MASIH LAGI DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH ALLAH SWT KE ATAS DIRI KITA DAN KITA PERLU MELAKUKAN DENGAN SEGALA DAYA DAN UPAYA DEMI MEMBENTUK MEREKA MENJADI PEWARIS DAN PENDOKONG RISALAH ISLAM PADA MASA DEPAN.


No comments:

Post a Comment